
Pertembungan dengan insiden-insiden pelik berkurangan semenjak aku tidak lagi meluangkan masa sendirian di Kuala Lumpur.
Paranormal bagi aku sekarang ini tidak lebih dari perkara-perkara yang terlalu bodoh seperti seluar koyak semasa first date di KLCC, atau arousal panic semasa date kedua di Pavilion.
Mengapa dan kenapa kejadian-kejadian unexplained tidak lagi datang berkunjung tidak lah aku ketahui, but I guess ada kena mengena dengan satu insiden di Carl's Jr Mid Valley.
Two years ago, seusai Maghrib berkumandang.
"Assalamualaikum!" tegur satu pakcik janggut.
"Waalaikumussalam!" jawab aku. Mulut terkumat-kamit mengunyah gegelang bawang.
"Boleh pakcik dud.......," belum sempat pakcik janggut habiskan ayatnya, aku sorong keluar kerusi itu menjemput dia duduk.
Berkopiah putih, pakcik berkulit sawo matang ini mempunyai tekstur kulit yang berkilat. Dahinya luas. Membimbit payung berwarna hitam.
Dia belum makan. Aku kenal orang yang lapar. Dan aku tak rasa dia mampu.
"Pakcik, saya tak boleh habiskan onion rings ini, sebab saya nak kejar movie," kata aku. Menipu.
"Pakcik ni dari jauh," jawab pakcik tu, mencekau gegelang bawang satu dua.
"Merantau segenap tanah Melayu mencari guru sebenar guru," katanya, dan menambah, "untuk mengenal diri, maka kenal Allah. Kamu kenal Allah?" pakcik tu bertanya, sambil pau sos tomato aku pula.
Aku diam. Satu soalan yang 'rare' pernah aku dapat. Masa tu memang aku agak berserabut, hati semput dikecewakan, ntah apa macam air aku teguk.
"Kamu mahu kenal Allah? Pakcik mahu kamu ikut pakcik ke Perak, menuntut di sana," katanya, nada yang serius.
Aku diam. Beger tinggal separuh lagi ni. Dalam otak terbayang kepala separuh tenggelam dalam lilitan serban, kepala geleng kiri geleng kanan mengikut nada Dala'il al-Khayrat.
"Tapi berjalan di jalan Allah ni, bukan senang. Dugaannya........masyaAllah, menuntut ketahanan batin yang tinggi!" katanya.
Aku memang pernah baca satu dua buku pasal jalan-jalan agama ni. Nota-nota lama milik umi pernah aku belek, tapi semua itu roket sains untuk aku.
"Pakcik dulu Hindu, lima tahun sampai sekarang menyorok dari keluarga yang mahu bunuh pakcik. Pakcik bersembunyi di satu sekolah agama di Perak," tambahnya.
Tiga tahun mengenali Islam, pakcik tu pulang ke Kuala Lumpur. Malam pertama dia menginap di sebuah hotel murah di Brickfields....
"Pakcik tiba-tiba terjaga dari tidur. Rasa cemas. Seolah-olah ada bahaya dalam bilik. Rupa-rupanya Iblis datang menjenguk. Dia ajak pakcik kembali sembah patung, kembali tujah puki, kembali minum wiski," katanya.
"Lepas tu?" aku tanya, menghabiskan suku terakhir beger enak.
"Apa lagi, pakcik ludah muka Iblis tu! Pakcik halau dia keluar, dia takmau, dia nak jugak ajak pakcik minum wiski. Memang dasar direjam punya setan, pakcik baca ayat sampai dia terbakar dan dia lari keluar ikut tingkap!," ceritanya dengan penuh semangat.
Perbualan anak-anak Cina di meja sebelah terganggu sekejap dengan cerita pakcik janggut ni.
"Wah-wah hebatnya pakcik! Pakcik tak takut ke?" soalan bodoh.
"Bila Allah dan insan bersatu, bumi dan makhluk tunduk! Pakcik tak gentar sama Iblis, sebab pakcik orang alim. Iman pakcik bukan macam kamu, bukan macam orang-orang lain,"
Tersengih, giginya kuning.
"Cuba kamu tengok," katanya, sebelum mengalihkan kopiah di kepala, "nampak tak cahaya keluar dari belakang kepala pakcik?"
Aku kagum dengan keyakinan seperti itu. Teringin nak sepak minang orang tua ni.
0 comments:
Post a Comment